PENGENALAN KEK LAPIS SARAWAK
Kek lapis berasal dari Sarawak, Malaysia. Ianya sering dihidangkan untuk perayaan keagamaan atau kebudayaan, sambutan ulang tahun dan majlis perkahwinan.
Kini, Kek Lapis Sarawak telah terkenal di seluruh Malaysia dan juga ke pasaran antarabangsa. Selaras dengan perluasan pasarannya, modifikasi dan pengubahsuaian sekali gus dilakukan dan berbagai rupa bentuk, corak dan rasa telah diperkenalkan.
Sehubungan dengan perkembangan tersebut, Kek Lapis Panjis memperkenalkan corak dan perasa tersendiri.
SEJARAH KEK LAPIS
Masyarakat tempatan Sarawak berkata Kek Lapisan Tradisional Sarawak telah dibuat sejak nenek moyang mereka lagi sebagai bekalan apabila mereka berhari-harian memburu di hutan. Tambahan pula, jangka hayat kek lapis ini membuatkan ia boleh disimpan dan boleh dimakan selama beberapa minggu.
Di samping itu, kek ini telah dibuat dengan kandungan gula dan lemak yang boleh memberikan tenaga yang cukup walaupun dengan pengambilan yang sedikit.
Kedatangan Barat pada awal 1800an memberi insperasi dan inovasi kepada masyarakat Sarawak serta membuka ruang kepada bahan-bahan seperti perasa dan pewarna untuk menghasilkan Kek Lapis Sarawak yang mempunyai pelbagai corak dan warna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan